"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Tuesday 27 March 2012

Test Post



Apesal Kau Tak Pernah ‘LIKE’ Status Aku?
Assalamualaikum
Agak kasar tajuk entri kali ini kan? Timbul idea untuk menulis entri ni selepas aku melihat beberapa kawan-kawan FB yang bertanya sesama sendiri kenapa si polan ni tak pernah ‘LIKE’ status FB nya. Agak lucu jugabila perkara macam tu dipersoalkan. Seolah-olah kita meletak status terkini lebih kepada untuk mendapat a.k.a meraih ‘LIKE’! Kebetulan aku juga pernah ditanya oleh seseorang kenapa aku jarang sangat update status apalagi nak komen atau ‘LIKE’ status orang. Kalau anda ditanya soalan macam tu, apa anda nak jawap?
Aku ringkaskan; Adakah anda akan ‘LIKE’ status seperti dibawah ini:
1. Esok nak pergi dating dengan orang tersayang. Hahaha
2. Tido awal. Esok nak panjat gunung.
3. Sakit perut la. Rasa nak berak tapi tak boleh.
4. Sabar dengan dugaan yg akan dtg..jgn nk cari pasal @ jadi talam 2 muka plak ok!!!!
5. mu GILO !!!!
6. Rasa mcm nak tumbuk org jer ni. bengang btl la...
7. jangan gangu aq lg bole! leave me alone!
8. la ni hang pa pasai apa dok kalot ngan aq. dh lama x mkn kaki ka? jaga skit mulot to. kang x pasai2 aq tempeleng pale hang pa..dok kalot ngan aq eh..
9. Wei betina ni nak tuduh aku rampas balak dia pulak dah.. Padahal dia yang ada jantan lain! Patut la balak kau datang kat aku!!!
10. Bengang betul la. Laki aku ni asek keje aje.
11. My boops is 45!
12. Dania kena masuk ubat bontut.. demam 39°
Itu baru status. Belum gambar-gambar lagi. Agak-agaknya adakah anda akan ‘LIKE’ gambar-gambar seperti di bawah?
Baca Selanjutnya "Test Post"