"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Trivia Telenovela Bella Calamidades


Gambar | Google

Siapa tengok telenovela Bella Calamidades @ TV3? Ada sesiapa yang masuk contest SMS Bella Calamidades tak? Aku? Aku pun tengok tapi tak minat nak join contest tu.. Kali ni aku nak komen sikit pasal telenovela Bella Calamidades tu. Sebelum aku komen, ada satu soalan; Ada sesiapa perasan apa yang tak kena/ kurang dalam telenovela Bella Calamidades?

1. Okey – Bella Calamidades bermaksud [si] cantik tapi bernasib malang. Dari awal aku ikuti telenovela Bella Calamidades. Sekali sekala terlepas jugak kerana aku travel. Pada awalnya aku selalu meneka babak seterusnya begitu begini. Lama-kelamaan aku dapati jalan ceritanya seolah-olah drama sinetron Indonesia! Kenapa? Sebabnya, lepas selamat dari satu malapetaka/ nasib malang/ musibah, Lola akan akan pergi kepada ‘orang baru’ dan masih bernasib malang. Watak utama bertukar dan watak baru muncul.

2. Watak Lola - yang keras kepala dan suka rumitkan keadaan. Dalam telenovela Bella Calamidades, Lola adalah seorang yang baik hati dan disayang dan dibenci ramai. Dari seorang yang lemah lembut wataknya bertukar menjadi agresif, keras, kasar dan tegas. Tapi masih baik hati. Yang tak baiknya ialah Lola suka berfikir negatif, salah sangka. Dah tu mengelak dan tak nak dengar penjelasan sesiapa yang dia salah sangka. Sebab tu cerita jadi panjang!

3. Watak Silvana & Pricilla – Yang paling menjengkelkan. Aysik nak lari tapi tak lari. Asal kantoi aja nak lari konon nak lari dengan cara BERMARUAH – tak nak kena halau.  Berpura-pura baik. Berlagak tak bersalah.  Yang peliknya, Lorenza & Marcelo dok bela jugak. Dok layan jugak karenah Silvana & Pricilla. Bila betul-betul nak lari, tiba-tiba ada insiden yang perlukan komitmen pulak?

4. Juana & Nicolasa – watak sampingan yang hot!! Hot sebab suka sangat bergosip mengumpat! Dua watak yang bencikan Lola sebab cemburu. Dua-dua suka bawa mulut, tabur fitnah dan tokok tambah cerita. Peliknya Lorenza & Regina tahu pembantu rumah ni mulut longkang tapi masih nak percaya dan bercerita pada mereka. Pembatu rumah pun tak macam pembantu rumah. Dua-dua ada sikap suka lawan tokey!

5. Persoalan yang paling utamaBella Calmidades tu cerita tahun bila punya? Telenovela ini telah ditanyangkan di negara asalnya – Sepanyol pada Februari – Julai 2010. Jadi cerita ni tak la lama sangat atau ketinggalan zaman kan.. Yang aku hairan, pelik lagi musykil; kenapa aku tak nampak sorang watak pun gunakan HP dalam cerita tu? Laptop Marcelo & Lorenza ada pulak! Aku musykil sebab masalah utama dalam cerita tu ialah KOMUNIKASI. Bukan hanya watak utama yang tak ada HP malah seluruh pekan Horneros jugak! Tak pelik ke?

*Cuba fikir; kalau la Marcelo & Lola ada HP, mesti dorang dah berbalas SMS atau call kenapa tak dapat datang, kenapa lama menghilang+++ ye tak? Aku jadi tertanya-tanya; di Sepanyol tak ada HP ke? Tak ada teknologi ke? Nak kata tahun 2010 tu belum wujud HP, Malaysia pun dah ada brand sendiri. Watak Silvana & Pricilla yang pernah tinggal di Eropah pun tak ada HP? Pernah korang terfikir tak? Cuba la fikir yea...  

Baca Selanjutnya "Trivia Telenovela Bella Calamidades"

1 DAGING 1 MALAYSIA


Yuuuhuuu!




Video ni aku dapat dari Facebook wall
yang di post oleh rakan selebriti

Video ni memang lawak,
tapi disebalik lawak, ada info & maksud tersirat....

Dah tengok video tu?
Siapa yang buat? Melayu? Cina? India atau orang asli?


Baca Selanjutnya "1 DAGING 1 MALAYSIA"

Seni Yang Menakjubkan!


Yuuuhuuu!



p/s : Sebenarnya seni ni diilhamkan dari perang dunia ke-2, di mana Hitler dan rakyatnya berjuang mempertahankan tanah air mereka. Tujuan aku post kan video ini sekadar untuk berkongsi keunikan, kecantikan dan kehebatan seni menggunakan pasir dan tangan - bukan untuk mengenang perjuangan atau/ apalagi menangkat kepercayaan mereka.

Enjoy it!

Baca Selanjutnya "Seni Yang Menakjubkan!"

TUTORIAL | Cara Hilangkan Navigation Bar



Ada 2 cara untuk hilangkan navigation bar. Anda boleh cuba/ pilih mengikut kesesuaian blog anda.

CARA 1:

1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Dengan menggunakan fungsi Find ( ctrl + F), cari ' navbar-iframe '
(hasil cari biasanya samada navbar-iframe atau navbar sahaja)

*Ctrl+C untuk copy kod

3. Dari kod yang ada di bawah navbar;
Tukarkan 'display:block' kepada 'display:none'

4. Save dan lihat hasilnya.


CARA 2:

*Cara kedua digunakan jika anda tidak mempunyai 'navbar' dalam 'edit HTML' blog anda.

1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Dengan menggunakan fungsi find ( ctrl + F), cari kod body {

*Ctrl+C untuk copy kod


3. Copy dan paste code berikut SEBELUM code body {

4. Save dan lihat hasilnya.

Baca Selanjutnya "TUTORIAL | Cara Hilangkan Navigation Bar"

TUTORIAL | Cara Membuat Butang Follow & Dashboard Pada Blog




Bagi yang menggunakankan platform .blogspot, template asal blogger memang sudah disediakan widget FOLLOWER dan DAHSBOARD. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat sedikit ubahsuai pada template asal dengan menggantikannya sepertimana gambar diatas.


Caranya;

1. Pergi ke Dashboard > Design > Add A Gadget > pilih HTML/Javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript 

Ctrl+C untuk copy kod


Save dan lihat hasilnya.

*Nota : gantikan blogID=ID BLOG ANDA

Baca Selanjutnya "TUTORIAL | Cara Membuat Butang Follow & Dashboard Pada Blog"

TUTORIAL | Cara Ketahui Jumlah Artikel & Komen



Berapakah bilangan artikel yang sudah anda tulis dan post setakat hari ini? Berapakah bilangan komen yang diterima untuk keseluruhan blog setakat ini? Ada satu cara mudah untuk anda mengetahui jumlah artikel yang telah ditulis serta jumlah komen yang diterima dalam blog; caranya:

1. Login akaun Blogger

2. Pergi ke Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/Javascript

3. Copy kod di bawah dan paste ke dalam ruangan HTML/Javascript

Ctrl+C untuk copy kod


4. Save dan lihat hasilnya

Baca Selanjutnya "TUTORIAL | Cara Ketahui Jumlah Artikel & Komen"

BLOGWALKING AWARD


✿  | 27 Ogos 2010 | ✿


Tengahari aku on laptop+buka blog...

Aku tengok kat shoutmix,

Aku blur kejap...Tak tau nak buat macam mana...

Ni pertama kali dapat Award!

thanks to


Rasanya aku perlu buat sesi Q&A jugak kan? Okey ni dia :-


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?

RM, RM, RM


2. Apakah nama samaran anda?

Nur, Tyara, Nury, Aira


3. Berikan 3 orang yang anda sayang

Anakku, Suami & Diri Sendiri!


4. Panggillan anda untuk si dia

Kanda & You


5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa

Always be MINE, Always be MYSIDE, Always ALWAYS


6. Blog yang anda suka visit

Mana-mana blog yang beri informasi, ilmu N had something different


7. Tag kan 15 blogger



Sape2 yang slalu datang blog MRS NURY N tak di tag tu,
MINTA MAHAP banyak la ye...fening la... fening la... fening la mau pilih!


Baca Selanjutnya "BLOGWALKING AWARD"