"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Jangan Sesal Perkara Yang Lalu



Jangan sesal perkara yang lalu. Jangan risau dengan perkara yang akan datang. Guna sepenuhnya masa kini dengan mengenang dan mengingati Allah s.w.t selalu. Sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dan pungut bekalan untuk ke jalan ke akhirat itu. Perhitungkanlah amalanmu sebelum kamu diperhitungkan di akhirat nanti. Orang yang menutup mulutnya akan terselamat. Apalah gunanya dunia jika itu telah menyebabkan kamu lupa kepada Allah s.w.t sebagai penciptanya. Janganlah membenci orang yang berdosa kerana kamu tidak tahu sebelum dia meninggal dunia, mungkin dia telah bertaubat dan Allah s.w.t telah menerima taubatnya itu serta meninggikan darjatnya. Tanda orang yang beriman itu ialah dia menentang keduniaan dan tidak pernah memuji makhluk. Sebesar zarah iman adalah lebih baik daripada kekayaan dunia kerana ia membawa kepada keselamatan.

No comments:

Post a Comment