"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Apabila Si Dangkal Membicarakan Islam


[28 Jun 2011]



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Pada masa kini ramai sekali orang yang menggunakan agama [Islam] dalam ucapan mereka. Tak kira samada mereka ahli politik, penyanyi, pelakon, penulis blog dan ramai lagi yang tak perlu la aku nyatakan di sini. Persoalannya, adakah mereka ini layak membicarakan atau memperkatakan tentang agama Islam yang suci? Sesekali mereka mengucapkan tentang Islam sedangkan pada diri mereka tiada ciri-ciri yang melayakkan mereka membuat pernyataan begitu!

Siapa mereka? Aku berikan beberapa contoh dan kisah. Semoga anda yang membaca dapat melihat dari sudut yang positif. [1] Tentu ramai antara kita yang membaca akhbar Harian Metro kan? Dalam akhbar tersebut ada ruangan Gayah Gebu [kalau tak silap aku] yang sibuk menyumpit ramai artis dan kemudiannya menyebut tentang agama [hukum-hakam] yang kononnya ingin menasihati artis yang disumpitnya supaya sedar kesilapan mereka. Siapa Gayah Gebu tu? Sesuai ke dia memperkatakan soal agama dalam artikelnya?

Pendapat aku : Gambar Gayah Gebu tu walau dalam karikatur tapi ia menunjukkan wanita gemuk dengan baju ketat dan tak menutup aurat [kepala]. Aku setuju kita saudara sesama Islam perlu saling memberi teguran. Tapi betul ke cara Gayah Gebu tu? Macam mana kalau aku kata tak betul? Sebabnya kalau betul niat Gayah Gebu mahu memberikan teguran dan berharap artis yang disumpit itu sedar serta bertaubat mengapa sampai perlu dihebohkan sehingga seluruh masyarakat umum tahu? Bukankah itu mengaibkan dan menjatuhkan maruah artis berkenaan? Adakah Gayah Gebu lakukan itu ikhlas kerana agama atau sekadar mahu popular ataupun mahu dilihat sebagai seorang yang baik serta tahu mengenai agama dengan baik?

Mungkin artis berkenaan telah melakukan sesuatu yang mengaibkan serta menjatuhkan maruah diri. Kita saudara sesama Islam tak perlu la mengaibkan lagi hamba allah tu. Tak tahu ke ALLAH TAK SUKA PADA ORANG YANG MEMBUKA AIB SAUDARANYA [sesama Islam]? Tak tahu ke kalau kita tahu aib orang lain dan kita tutup aib orang itu, Allah akan tutup aib kita dan menghapuskan kesilapan kita? Semua manusia termasuk Gayah Gebu tidak sempurna dan pernah buat silap!




Itu adalah contoh akhbar. Ahli politik pulak lagi dasyat kalau memperkatakan soal agama. Entah memang mereka tahu dan faham apa yang diucapkan atau sekadar menghafal teks ucapan yang telah disediakan. Wallahua’lam.. Kalau artis pulak tak kira la pelakon ke penyanyi ke, khasnya artis wanita, tak padan dengan seksinya tapi bila ada khabar angin/ gosip akan jawap seperti dia memang mengamalkan kehidupan cara Islam dan sentiasa ingat pada Allah?  

Cuba kita bandingkan mereka-mereka di atas tu dengan Dato’ Harun Din ke, Dato’ Masyitah ke, Ustazah Fatimah Az-Zahra ke atau dengan tokoh-tokoh lain yang sewaktu dengan mereka tu, sesuai tak kalau mereka membicarakan tentang agama? Berbeza tak cara mereka menggunakan agama dalam ucapan mereka? Agak-agak kalau mereka berhujah atau beri ceramah kita boleh terima dan percaya ke tak berbanding dengan mereka-mereka yang aku sebutkan awal tadi?

Moral : Bukan tidak boleh membicarakan atau membahaskan soal agama. Sekadar memperkatakan setakat yang kita tahu agar tiada yang salah faham akan agama islam yang suci. Kalau tersilap dalam membicarakan soal agama, sama seperti kita merendahkan diri sendiri dan agama Islam itu sendiri. Sebelum memperkatakan soal agama, tanya pada diri sendiri adakah kita orang yang layak membicarakannya. Dan jangan menilai ilmu agama sesorang itu hanya berdasarkan apa yang kita dengar dan lihat semata kerana apa yang kita lihat itu mungkin satu penipuan dan apa yang kita dengar itu palsu. Jangan terpedaya! Bezakan yang mana ULAMA dan yang mana ULAR DALAM SEMAK.

No comments:

Post a Comment