"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Bertuahnya Menjadi Seorang Isteri...


Assalamualaikum & Yuuuhuuu!

Sumber Gambar | Google

Aku terjumpa satu warkah yang menyentuh hati dari wall FB seorang rakan. Warkah yang membuatkan hatiku berkata "Bertuahnya aku kerana bergelar ISTERI..." Aku jadikan warkah tersebut sebagai entri di blog ini untuk berkongsi dengan mereka semua yang bergelar ISTERI. Semoga memberikan manfaat..


Untuk isteri tersayang ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

*Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

p/s : Kredit to saudara Hassan Bashri via Idris Bald

No comments:

Post a Comment