"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Si Pengemis Dan Isterinya Yang Cantik



Al-Kisah;


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk menikmati makanan di ruang tamu, datanglah seorang pengemis yang berpakaian lususuh dan kelapran meminta belas kasihan mereka. “Tolong saya tuan, saya sangat lapar kerana sejak dari semalam saya tidak menjamah walau sesuap nasi”. Tapi dengan muka yang bengis si suami menengking menghalau si pengemis sambil menjeling isterinya yang cantik itu. “Pergi engkau dari sini!” sambil itu didalah hati si suami berkata “Aku telah membina perniagaan ku ini hingga Berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diriku sendiri serta keluargaku”. Si isteri memandang sayu si pengemis yang kelaparan itu dihalau pergi. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya itu walaupun didalam hatinya ada niat untuk bersedekah kepada si pengemis.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia telah menjadi miskin. Dia pun menceraikan isterinya yang cantik itu kerana tidak mahu isterinya turut menderita. Setahun kemudian, si isteri yang masih cantik itu telah berkahwin dengan lelaki lain. Pada suatu hari, ketika suami isteri sedang menikmati makanan datang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami pun meminta isterinya menyediakan sepinggan hidangan yang sama untuk si pengemis. Tetapi sebaik menghidangkan makanan buat si pengemis, si isteri menekup muka sambil menangis. Melihat isterinya menangis, si suami pun bertanya “Mengapa engkau menangis?”. Dengan hiba si isteri menjawap “Pengemis itu dulu adalah suamiku yang pernah menengking dan menghalau seorang pengemis”. Dengan tenang suami baru itu memberitahu kepada isterinya “Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang pernah ditengking dan dihalau itu”. 

No comments:

Post a Comment