"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Jangan 'Curang' Dalam Aktiviti Niaga




Pada bulan Ramdhan ni banyak gerai/ bazar Ramadhan didirikan. Inilah peluang kepada umat Islam khususnya untuk mencari pendapatan sampingan sepanjang bulan Ramadhan YANG MULIA dengan berniaga tidak kira juadah berbuka puasa, barangan keperluan sempena sambutan hari raya dan sebagainya. Bulan Ramadhan ialah BULAN MULIA yang penuh dengan keberkatan. Oleh itu sebaiknya semua umat Islam gunakanlah bulan YANG MULIA ini untuk mendapatkan ganjaran dari Allah dengan IBADAH dalam apa jua cara sekalipun.

Aku menulis artikel ini kerana rasa kecewa dan tertipu dengan sikap peniaga bazar Ramadhan yang aku kunjungi. Aku kongsikan kisah tersebut disini dengan kalian. Ramadhan pertama, aku ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari pertama, aku tawaf bazar tersebut untuk melihat apa yang ada dijual dan kemudian terus menuju gerai pilihan. Aku beli kuih Seri Kaya, Tepung Pelita dan Popia Goreng. Tiba waktu berbuka, setiap kuih tersebut aku jamah dan rasanya ternyata mengecewakan. Dalam hati berkata “tak mengapalah.. Ini bulan puasa.. Mungkin peniaga tak dapat merasa makanan tersebut sewaktu memasaknya..” 

Secara logiknya, aku percaya kebanyakan peniaga yang menjual juadah tersebut semuanya menjual kepakaran masing-masing. Maksudnya makanan yang mereka jual sudah semestinya mengikut kemahiran dan kepakaran jenis masakan masing-masing. Kalau betul begitu tentu kualiti dan hasilannya tidak sepatutnya mengecewakan bukan? Dari pihak pengguna/ pembeli, apabila rasa makanan out, tentu mereka tidak akan membeli lagi di gerai tersebut.

Hari ke-2 Ramadhan, kebetulan ada pasar malam. Jadi pada hari itu lebih banyak pilihan juadah untuk berbuka puasa. Tapi aku cuma membeli 2 jenis kuih = Kuih Badak Berendam, Kuih Koci dan Dadih. Alhamdulillah semua makan yang dibeli pada hari itu semuanya sedap dan berbaloi dengan setiap nilai yang dibayar. Ramadhan yang ke-3, aku ulangi membeli Kuih Badak Berendam dan Kuih Koci lagi. Hanya itu saja yang aku beli. Aku cuma beli kuih saja kerana makanan/ hidangan utama yang di MASAK sendiri lebih puas dan berbaloi.


Ramadhan ke-4, hujan turun dengan lebat. Apabila hujan renyai-renyai aku ke bazar. Tak ada kuih lain dalam kepala aku selain dari Kuih Koci dan Kuih Badak Berendam. Dari awal sampai hujung berjalan tapi aku tak jumpa gerai yang biasa aku beli kuih-kuih tu. Sewaktu meninjau tiba-tiba seorang makcik menegur aku. Aku memang kenal dengan makcik tu sebab selalu beli kuih dengannya. Dari hari pertama Ramadhan aku memang perasan makcik tu turut meriahkan bazar Ramadhan tu tapi aku tak pernah singgah gerainya. Bukan sombong, tapi kerana aku dah selalu beli dengan makcik tu dan tahu dia jual kuih apa, sebab tu aku tak singgah. Kalau boleh dalam bulan Ramdhan ni, aku nak la makan kuih-kuih lain pulak. Bulan Ramadhan ni la bermacam-macam jenis kuih dijual sampai tak tahu nak pilih yang mana satu kan?

Disebabkan makcik tu memanggil, terpaksa la aku singgah. “Beli kuih dik?..” tanya makcik tu. “ha ah.. saya cari Kuih Koci dengan Badak Berendam.. Tapi tak jumpa pulak gerai tempat saya selalu beli tu.. Tak meniaga agaknya orang tu hari ni..” aku membalas. “Eh! Ni makcik ada jual ni.. Berapa ringgit nak?..” terjah makcik tu. Aku diam sambil pandang Kuih Koci makcik tu kemudian bertanya “Kuih Koci ni ada sos santan tak dalamnya?..” Aku pandang muka makcik tu. “Ada..” jawab makcik tu acuh tak acuh. Aku belek Kuih Koci tu dengan penyepit tapi tak nampak sos santan melimpah, lalu aku bertanya sekali lagi “ Betul ke ada sos?.. saya tak nampak pun..” “Adaaa.. memang la tak nampak sebab kena balut! Nak beli ke tak?..” Sikit pun makcik tu tak pandang muka aku. “KALAU BETUL ADA, OKEY LA, SAYA BELI DUA RINGGIT..” Selesai. Jadi la walau satu jenis kuih.

Dalam perjalanan balik ada lagi orang tegur aku “Kak, nak kuih Badak Berendam tak?.. Saya baru sampai ni, tadi hujan la kak..” sapa peniaga tu sambil tolak troli barangan jualannya. “Laa.. Saya ingat kau tak meniaga hari ni. Sampai hujung saya jalan mencari tadi.. Rupanya baru sampai..” aku balas sambil tersenyum. Kesian tengok. Sambil tangan sebelah tolak troli dibantu anak yang masih kecil, tangan satu lagi dukung bayi. “Saya ingat kau tak meniaga hari ni.. Ni dah beli dah kuih.. Esok aja la ye..” Aku tengok mukanya sedikit kecewa dengan jawapan aku. “Tak apa la kalau macam tu kak..” Kami sama-sama berlalu. Tapi kemudian aku patah balik sebab perasaan simpati yang menebal dalam hati!

Dari jauh aku nampak dia terkedek-kedek menyiapkan gerainya sambil dibantu anak kecil. Rupa-rupanya gerai adik tu bersebelahan dengan gerai makcik yang aku beli Kuih Koci tadi. “Dik, saya nak beli la Koci dengan Badak Berendam.. Tak nak nanti dah sampai rumah rasa menyesal pulak tak beli lepas tu terbayang-bayang!” Spontan kami sama-sama tergelak. Sambil tu aku tolong dia menyusun bekas-bekas kuihnya atas gerai. Makcik gerai sebelah hanya memerhatikan. Siap bungkus kuih yang aku nak dan bayar, aku terus balik.

Sampai waktu berbuka – aku buka balutan daun pisang Kuih Koci yang dibeli dari makcik tu dulu. Air mata aku menitis. Sedih. Makcik tu tipu aku. Tak ada sos seperti mana yang aku tanya dan diiakannya. Aku sedih bukan kerana Kuih Koci tu tak sos santan tapi kerana pada hari tu duit aku cuma ada 4 ringgit saja. Wallet aku tertinggal dalam beg suami yang pergi out station. Nak cucuk duit kat ATM pun tak boleh! Berjujuran air mata aku buka puasa sendiri hari tu. Terus aku ketepikan Kuih Koci tu dan buka plastik kuih yang dibeli dari si ‘adik’. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Rupa-rupanya adik tu berikan aku ekstra Kuih Koci dan Kuih Badak Berendam! Biasanya RM2 dapat 5 ketul tapi pada hari tu aku dapat ekstra 2 ketul.



Ramadhan ke-5 – disebabkan semalam aku dapat ekstra kuih dari adik tu, aku rasa segan pulak nak beli lagi hari ni. Aku tukar menu kepada Laksam. Alhamdulillah, Laksam yang dibeli memang sedap! Apa pun, dalam membeli juadah terutama untuk hidangan sekeluarga, pilihlah GERAI & PENIAGA YANG BERSIH selain dari menitik beratkan KUALITI MAKANAN yang dibeli. Aku ada tulis artikel tentang pengusaha makanan & restoren sebelum ni. Kalian boleh rujuk RESTOREN MANA PILIHAN KITA? untuk dapatkan tips. 

Kepada rakan-rakan yang berniaga dan peniaga, jangan sekali-kali menipu pelanggan dalam apa jua cara demi untuk menghabiskan jualan dan membuat keuntungan dengan cara begitu. Hasilnya adalah HARAM dan DOSA. Bukan aku kata tapi ada firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW mengenai perkara ini. Kalau nak lebih details boleh rujuk pada perkara NO. 3 pada link www.islam.gov.my ni.

No comments:

Post a Comment