"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Restoren Mana Pilihan Kita?



Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia & Yuuuhuuu!

[Tempat makan yang mana jadi pilihan kita?]

Aku percaya pada masa kini lebih ramai yang suka makan diluar berbanding memasak sendiri di rumah terutamanya warga kota. Kenapa? Kesibukan bekerja dan kesuntukan masa serta perbandingan perbelanjaan diantara membeli barangan dapur untuk memasak dengan masakan yang siap dibeli dari kedai menjadi alasan mengapa lebih ramai yang gemar menjamu selera di luar.

Aku bersetuju dengan alasan itu kerana suatu ketika dulu aku juga bekerja lebih 10 jam sehari dan kepenatan bekerja membuatkan aku lebih senang membeli makanan hampir setiap hari kecuali pada hari cuti! Masakan tidak, dari 10am sehingga 10pm aku di tempat kerja, mustahil untuk aku memasak kecuali membeli. Lebih-lebih lagi bila dibandingkan; membeli makanan di kedai lebih jimat daripada memasak yang memerlukan aku membeli bahan-bahan untuk memasak yang bernilai 4-5x ganda harga sebungkus makanan!
   
Disebabkan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, semakin banyak restoren wujud kerana adanya permintaan. Tapi bersih ke kedai/ restoren tempat kita beli makanan tu? Suatu ketika dulu aku tidak berapa mengambil berat akan perkara ni. Cuma satu tempat yang aku akan elak ialah restoren mamak kerana aku beranggapan restoren mamak sememangnya kotor! Dari pengalaman aku sendiri memang ternyata kebanyakan restoren mamak memang tidak menitik beratkan perihal kebersihan.

Aku kongsikan beberapa info & tips untuk ‘menyemak’ samada restoren itu bersih dan mengikut syarat-syarat serta prosedur yang sepatutnya.

1. Pastikan logo HALAL tertera terutamanya restoren yang pengusahanya bukan beragama Islam. Logo halal mestilah yang di IKTIRAF oleh kerajaan Malaysia.


*Contohnya banyak pengusaha restoren bukan Islam yang mempamerkan logo HALAL yang tidak diiktiraf atau seakan-akan mirip logo HALAL asli JAKIM bagi menarik pengunjung Islam walaupun bahan @ sumber makanan mereka tidak halal. Contoh lain; restoren mamak yang mempamerkan perkataan jawi Bismillahirrahmanirrahim bagi membuktikan mereka adalah MUSLIM serta makanan di restoren mereka adalah halal. Pernah terjadi, restoren mamak di mana pekerjanya tidak tahu membaca tulisan jawi Bismillah yang ditampal malah tidak tahu apa lagi membaca surah Al-Fatihah! Berkulit hitam dengan memakai kopiah tidak bermakna mereka Muslim atau berkulit putih serta berjanggut dan memakai kopiah tidak bermakna mereka Mua’laf! Tidakkah kita merasa tertipu dan marah dengan perkara seperti ini?

2. Kalau ada, lihat pada kaunter bayaran restoren samada mempunyai lesen perniagaan dan SIJIL LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN, Kad Kesihatan [thyphod] Pengendali Makanan [serta sijil kebersihan pihak berkuasa tempatan].

[contoh Sijil Pengendali Makanan]

*Ketiga-tiga dokumen ini adalah wajib dipamerkan/ ada di setiap restoren. TETAPI walaupun retsoren itu memiliki/ mempamerkan lesen perniagaan ia tidak semestinya bersih dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan kepada pengusaha dan setiap pengendali makanan! Lesen perniagaan adalah syarat untuk operasi perniagaan sahaja. SIJIL LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN menunjukkan pengusaha serta pengendali di restoren telah menghadiri kursus dan memahami perkara-perkara yang perlu diamalkan atau dielakkan semasa mengendali makanan. Selain itu pengusaha serta pengendali makanan akan dirujuk oleh SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN untuk mendapatkan suntikan thypod. Suntikan thypod adalah wajib kepada pengusaha dan SEMUA PENGENDALI makanan. Setiap pengendali makanan akan diberikan kad kesihatan yang menunjukkan/ membuktikan mereka telah mengambil sutikan thypod dan selamat untuk mengendalikan makanan. Sijil kebersihan pula diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Perbandaran setelah memeriksa dan menilai tahap kebersihan retsoren. TETAPI walaupun restoren mempunyai kesemua dokumen ini, tidak semestinya mereka mengamalkan kebersihan dan mengikut/ mempraktikan/ mengamalkan sepertimana yang dianjurkan oleh pusat latihan.

3. Sebagai pengguna kita sendiri boleh melakukan pemeriksaan ringkas untuk memastikan tahap kebersihan sesuatu restoren samada mereka memiliki perkara-perkara di atas serta mengamalkan sepertimana yang dianjurkan oleh Sekolah Latihan Pengendalian Makanan. Sekiranya semua perkara di atas ada pada restoren, kita boleh pastikan lagi dengan pemeriksaan sendriri melalui cara-cara mudah berikut yang aku sendiri lakukan setiap kali berkunjung ke mana-mana restoren hatta restoren yang ada kelas sekalipun!

i. Duduk seketika di meja makan dan tunggu sehingga pelayan datang.

*Minta bersihkan meja dan lihat kain lap yang digunakan. Kemudian rasa/ sentuh meja dengan tangan. Kalau kain lap kotor/ berbau bermakna tangan pengendali juga penuh dengan BAKTERIA! Sekiranya meja makan masih melekit/ kotor itu tanda kain itu langsung tidak dibersihkan setiap kali kekotoran penuh pada kain tersebut.

*pelayan lelaki/ perempuan datang dengan memakai aksesori [gelang, jam, cincin terutamanya], itu tandanya mereka tidak pernah mendapat latihan pengendalian makanan atau pernah mendapat latihan tetapi tidak amalkan. [Bayangkan seorang pembuat air atau penebar roti canai yang memakai cincin/ akseori pergi ke tandas untuk ‘melabur’ kemudian kembali menyediakan makanan atau minuman kepada pelanggan! Walau dicuci, BAKTERIA masih melekat pada celah-celah aksesori]

*Tengok kuku pelayan yang datang mengambil pesanan. Kalau kuku panjang dan terdapat kekotoran, tandanya dia tidak pernah mendapat latihan atau pernah tetapi tidak amalkan atau pun tidak peduli dengan semua itu kerana keinginannya untuk kelihatan cantik dengan kuku yang panjang! [Peduli apa dengan pelanggan. Bukan aku yang makan, janji aku cantik. Sukati aku la kalau nak bela kuku panjang pun]. Restoren mamak memang confirm ada macam ni. Yang bukan mamak pun tak kurang juga ramainya!

*Pelayan memakai selipar/ sandal dan rambut mengerbang/ pakaian tidak terurus. Kaki manusia terdapat banyak BAKTERIA dan ia boleh ‘melayang’ ke dalam makanan! Adalah wajib setiap pengendali makanan memakai kasut penuh yang menutup keseluruhan kaki atas sebab KEBERSIHAN & KESELAMATAN.

*Pelayan/ pengendali makanan dan minuman menghisap rokok! Perhatikan, kebanyakan pelayan yang menghisap rokok tidak membasuh tangan sebelum mengambil pesanan atau mengendali makanan yang dipesan. [Yang ini memang confirm pengotor dan tak kisah langsung bersih untuk pelanggan atau diri dia sendiri]

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Semua perkara di atas adalah mengenai hygiene

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

*Atau; sebelum duduk, masuk ke dalam restoren dan tawaf di sekitar tempat memasak/ dapur/ bain marie/ tandas. Biasanya aku tengok dapur dulu. Kalau atas dapur penuh dengan sisa makanan berkerak, lantai becak dan penuh dengan sisa makanan, tukang masak tak se’hensem’ pelayan di depan memang confirm tak bersih! Kalau tak puas hati, cek tandas pula [konon-konon nak ke tandas buang air]. Kalau tak puas hati jugak lagi tengok lantai depan sama kotor macam lantai dapur atau tak. Kalau kat depan pun kotor jugak memang sahih tak bersih. Lagi-lagi kalau ada tikus atau lipas merayap. ELAKKAN.

*Biasanya menu makanan tengahari ialah nasi campur. Pastikan makanan tersebut [lauk pauk] berada dalam bekas/ peralatan khas [bain marie] dan sentiasa dalam keadaan panas serta tertutup. Makanan yang sejuk dan terdedah kepada udara amat mudah dihinggap BAKTERIA. Apa jua makanan yang telah masak kemudian menjadi sejuk akan membiakkan BAKTERIA dalam tempoh 4 jam. Selepas tempoh itu jumlah BAKTERIA akan membiak menjadi juta malah trillion dalam makan itu!

p/s : Pilihlah makanan yang HALAL dan BERSIH kerana ia akan menjadi sebahagian dari diri kita serta darah daging kita. Elakkan berkunjung ke restoren yang tidak bersih walaupun makanan mereka sedap dan murah.  Mungkin berbaloi untuk nilai yang dibayar, hhmmm BERBALOI DEK ZAT TAMBAHAN YANG MENYEDAPKAN MAKANAN LAGI MURAH!

No comments:

Post a Comment