"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Bersabarlah Dengan Sikap Isteri



Diceritakan;

Seseorang telah datang ke rumah khalifah Umar Al-Khatab untuk mengadukan perihal perangai buruk isterinya. Sebaik orang itu tiba di hadapan pintu rumah Khalifah, dia terdengar suara isteri Khalifah yang kuat mengata nista kepada Khalifah. Sedangkan Khalifah hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab walau sepatah pun melainkan hanya mendiamkan diri dengan teriakan isterinya.


Mendenganya, orang itu dengan tergesa-gesa mahu meninggalkan rumah Khalifah dan membatalkan niatnya untuk mengadu kepada khalifah tentang perangai buruk isterinya. Belum sempat berlalu Khalifah menyedari kedatangan orang itu dan memanggilnya. “Ada apa kamu datang kemari?” Tanya Khalifah. “Tiada apa-apa wahai Amirul Mukminin” Hairan dengan jawapan orang itu Khalifah bertanya lagi “Mengapa kamu datang jika tiada apa-apa?” Mendengar kata-kata Khalifah, orang itu pun memberitahu tujuannya dating berjumpa Khalifah “Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya aku ke mari kerana mahu mengadukan tentang sikap buruk isteriku kepadamu. Tetapi aku dapati tuan juga mengalami nasib yang sama sepertiku. Lantas aku berlalu dan membatalkan niatkanku.


Berkatalah Khalifah Umar:


“Wahai saudaraku, Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku telah terhutang budi kepadanya (isteriku). Dia telah memasak makanan ku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya? Jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telingaku saja!” Khalifah berkata lagi “Wahai saudaraku, bersabarlah atas kelakuan isterimu itu”

No comments:

Post a Comment