"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Wasiat Nabi Adam Kepada Puteranya



Nabi Adam a.s berwasiat kepada puteranya lima perkara dan menyuruh anaknya mewasiatkan kepada puteranya dan seterusnya. Lima wasiat itu ialah :

1. Katakan kepada putera-puteramu, jangan berasa tenang dengan dunia ini, kerana ketika aku berasa tenang dengan syurga Allah, maka Allah tidak redha mengusir aku daripadanya.

2. Katakan pada mereka, jangan menurut hawa nafsu wanita, kerana sesungguhnya aku telah menuruti hawa nafsu wanita sehingga telah memakan buah daripada pohon yang dilarang kemudian aku menyesal.

3. Tiap amal yang hendak dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, kerana andainya aku memikirkan akibatnya maka aku tidak akan menerima akibat ini.

4. Jika hati berasa tidak tenang, maka jauhi dan hindarkanlah perbuatan itu, kerana ketika aku memakan buah larangan itu telah bergoncang hatiku, tetapi aku tidak hiraukan, maka aku telah menyesal.

5. Bermesyuwarahlah dalam semua urusan, kerana andainya aku bermesyuwarah dengan malaikat, maka aku tidak akan terkena dengan akibat ini.

No comments:

Post a Comment