"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Lelaki Yang Faham Bahasa Binatang



Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan. Dia telah mendengar ada seorang lelaki bernama Musa yang faham bahasa binatang. Lalu lelaki itu telah mencari dan merayu kepada Musa supaya mengajarnya bahasa binatang. Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.

Suatu hari, lelaki itu mendengar ayam jantan berkata kepada kuda yang kuda akan mati tidak lama lagi. Setelah mendengar kata-kata ayam itu, dengan segera lelaki itu menjual kudanya bagi mengelakkan kerugian. Beberapa ketika kemudian, lelaki itu terdengar lagi ayam jantan berkata kepada anjing yang keldai pula akan mati. Sekali lagi lelaki itu dengan tergesa-gesa menjual keldainya untuk mengelak kerugian. Selepas dua peristiwa itu, lelaki itu sekali lagi mendengar ayam jantan berkata kepada binatang-binatang ternakan lain yang hamba lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya untuk mengelak kerugian.

Lelaki itu sangat gembira dengan tindakannya menjual ternakan serta hambanya. Dia gembira kerana dengan menggunakan nilai ilmu yang ada padanya dia dapat mengelakkan kerugian serta untuk membantu menguruskan kehidupan sehariannya. Tetapi pada suatu hari, lelaki itu terdengar ayam jantan berkata kepada anjing yang dia pula akan mati. Dalam ketakutan lelaki itu pergi berjumpa dengan Musa yang dulu telah mengajarnya bahasa binatang. Lelaki itu menceritakan kepada Musa apa yang telah diberitahu oleh ayam jantan kepada anjing dan meminta nasihat Musa. Lalu Musa menjawab “SEKARANG KAMU BOLEHLAH MENJUAL DIRI KAMU PULA!”

Moral : Kebolehan memahami bahasa orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar iaitu DIRI KITA SENDIRI. 

No comments:

Post a Comment