"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday 25 December 2013

Kaedah Belajar



1. Mempraktikkan apa yang orang lain lakukan
Kaedah ini mendatang faedah yang banyak kepada diri tetapi berkemungkinan kita tidak akan   mengetahui tujuan sebenar di sebalik apa yang dilakukan itu.


2. Perbincangan dan mendengar dari orang lain
Terutamanya dari orang-orang yang mengetahui. Kita patut belajar dari orang yang tahu dan dia tahu bahawa dirinya mengetahui. Orang inilah dianggap bijaksana.


3. Menenangkan dan muhasabah diri
Untuk memajukan diri sendiri, perlulah kita memperuntuk masa untuk berfikir dan mencari jalan Untuk melakukan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.


4. Mengkaji dan merancang
Tidak cukup bagi kita hanya sekadar mendengar dan memerhatikan. Kita sepatutnya mengkaji mengenal potensi diri dan kelemahannya dan membuat perancangan yang sistematik bagi mencapai apa yang kita matlamatkan.


5. Berlatih dan menyempurnakan kerja
Berlatih apa yang telah kita ketahui. Pada mulanya kita mungkin melakukan banyak kesilapan, jangan patah semangat. Teruskan dan sempurnakan kerja itu hingga diri bertambah yakin.


6. Bertindak
Buatlah apa yang telah kita matlamatkan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk kea rah kejayaan kita. Tentu kita akan berjaya!

-Ibnu Yusof-
MYSTERIES OF THE GOLD MINE

No comments:

Post a Comment