Rabi'ah Al-Adawiyah menjadi balu setelah kematian suaminya. Tidak lama datanglah Hassan Bisri dan teman-temannya ke rumah Rabi'ah untuk meminangnya lalu mereka pun di persilakan masuk. Setelah menurunkan tabir, Rabi'ah duduk di belakangnya seraya berkata;
Rabi'ah : Siapa yang paling pintar di antara kamu?
Maka rombongan itu pun menjawab
Rombongan : Hassan Bisri.
Rabi'ah : Baiklah, jika kamu dapat menjawap pertanyaanku, aku setuju menjadi isteri mu.
Lantas Hassan Bisri membalas;
Hassan : Tanyalah, semoga aku dapat menjawap pertanyaan mu itu.
Lalu Rabi'ah pun mengajukan soalan kepada Hassan Bisri dan rombongan itu;
Rabi'ah : Apabila aku mati dan keluar daripada dunia ini, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?
Hassan : Itu adalah perkara ghaib dan tidak seorang pun yang mengetahuinya melainkan Allah s.w.t
Rabi'ah : Bila aku telah di letakkan di dalam liang lahad lalu di tanya Malaikat Mungkar dan Nangkir, apakah aku dapat menjawap atau tidak?
Hassan : Itu juga perkara ghaib dan tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t
Rabi'ah : Apabila orang telah di kumpulkan pada hari kiamat, dan diberikan kepada mereka catatan amalan masing-masing, dengan tangan kananku atau tangan kiriku kah aku akan terima catatan amalanku?
Hassan : Itu pun perkara ghaib juga
Rabi'ah : Hai Hassan, jika engkau tidak dapat menjawap empat soalanku, janganlah engkau fikir mahu mengawiniku. Inilah soalanku yang terakhir.
Lalu Rabi'ah mengajukan pertanyaan yang terakhir kepada Hassan;
Rabi'ah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
Hassan : Sepuluh bahagian. Sembilan bahagian untuk lelaki dan satu bahagian untuk perempuan.
Rabi'ah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan syahwat?
Hassan : Sepuluh bahagian juga. Sembilan bahagian untuk perempuan dan satu bahagian untuk lelaki.
Rabi'ah : Hai Hassan, aku dapat menguasai sembilan syahwatku dengan satu bahagian akalku. Sedangkan kau pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwatmu dengan sembilan bahagian akal yang kamu dapat?
Mendengar kata-kata Rabi'ah al-Adawiyah itu, keluarlah Hassan dari situ dengan tangisan dan air mata yang bercucuran.

No comments:
Post a Comment