"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar... Ia beriku kaktus berduri... Aku minta kupu-kupu... Diberi ulat bulu... Aku sedih dan kecewa... Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali... Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya.."

Wednesday, 25 December 2013

PETUALANG BLOGWALKING & BLOG AWARD 2010


✿  | 3 September 2010 | ✿


Mrs Nury dapat award Lagi!
Kali ni dapat 2 award sekaligus dari SERI...
Terima kasih untuk 2 award ni ye SERI.
Ni 2 award tu,


Petualang Blogwalking Award


 Blog Award 2010

Untuk 2 Award ini Mrs Nury akan umumkan kemudian
5 sahabat blogger yang Mrs Nury pilih
sebagai penerima seterusnya...


Baca Selanjutnya "PETUALANG BLOGWALKING & BLOG AWARD 2010"

BEST FRIEND AWARD


✿  | 22 Oktober 2010 | ✿


Yuuuhuuu!

Nury terima award lagi - kali ni dari SERENITY AND SERENDIPITY.
Sebelum tu Nury nak ucapkan terima kasih kepada tuan punya blog iaitu
LINA RAHIM.
Terima kasih sekali lagi kerana berkali-kali ingatkan Nury untuk ke blog
SERENITY AND SERENDIPITY ambil award.
Nury dah terima mesej LINA RAHIM dan sudah ambil award tu
cuma belum buat entri kerana 2 hari lepas tak boleh upload gambar!

Okey - Sesi soal jawab selepas terima award pulak

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

1. Write 5 interesting fact about the person who gave u this award...

1. Lina Rahim adalah di antara blogger terawal yang memberikan sokongan pada Nury yang ketika itu masih setahun jagung dalam dunia blogger!
[terima kasih yea Lina...]

2. Walaupun Nury ter miss singgah ke blog SERENITY AND SERENDIPITY bila BW,
Lina Rahim alert yang Nury BW dan singgah
[terima kasih yea Lina...]

3. Lina Rahim adalah blogger yang paling banyak memberikan komen di blog Nury
[cuba tengok kat sebelah kanan tu...]

4. Pada pemerhatian Nury, setelah baca penulisan entri-entri Lina Rahim, Nury dapati ada persamaan antara kami
[kalau nak tau, u all kena la baca enti-entri kami untuk mencari apa persamaan tu.
Tapi tak tau la Lina perasan ke tak...]

5. Setiap entri Lina Rahim mesti tak lupa di selitkan sekali Hubby nye! Tapi Nury belek-belek tak juga jumpa orang 'ke tiga!'
[bila la nak ada orang ke tiga - jangan marah yea Lina...]

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

Betul ke korang semua nak tahu ni... okey...
5 fakta menarik N 5 hobi yea...

1. I’m not inspired by what people say. I’m inspired by what I do

2. Gila info! ‘SEMAKIN BANYAK PERKARA YANG KITA TAHU SEBENARNYA ADA BANYAK LAGI PERKARA DALAM DUNIA NI YANG KITA BELUM TAHU!’

3. Amalkan ‘BE CRUEL TO BE KIND’

4. RAMALAN KU BENAR BELAKA – dari mimpi jadi nyata, dari perkataan jadi reality, dari teka-teki jadi betul!

5. BOLEH NAMPAK APA YANG ORANG LAN TAK NAMPAK - walaupun ini satu anugerah dan kelebihan yang diberikan oleh Allah swt, kadangkala ia ‘membebankan’

6. Hobi 1 : Suka MEMBACA!! – buku keagmaan, motivasi, bisnes, resepi, kraf, teknologi 
[hmmm.. koleksi buku Nury dah boleh jadi library…!]

7. Hobi 2 : MAKAN+MAKAN+MAKAN=MAKAN 
[tak tau la kenapa suka makan.. 
makan banyak pun tapi kilogram tak naik-naik jugak! Entah bila nak besar…]

8. Hobi 3 : JALAN-JALAN - suka sangat jalan-jalan walau tak tau nak pegi mana
[kalau dapat jalan-jalan pusing town pastu balik pun dah okey... boleh macam tu??..]

9. Hobi 4 : MEMASAK – Memasak ni sebab ‘kawan’ dengan hobi makan kat atas tu.. 
[kalau dapat resepi baru tak kira dari mana mesti nak cuba, 
lepas tu olah/ ubah dan reka ikut selera sendiri]

10. Hobi 5 : KUMPUL BARANG – CD cerita kartun & animasi, buku, setem, duit lama 
[sebenarnya banyak lagi kategori barang yang aku kumpul jadikan koleksi sampai suami kata aku kumpul SAMPAH SARAP!?]


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

3. Pick your most 10 deserving recipients and describe them...

1. Maisyah ~ cikgu sekolah yang gila-gila N sporting!

2. Nowasheeda ~ macam chipsmore! ‘kejap ade sekejap tak ada...’

3. Little Nuriz ~ mana entri baru dik...

4. Ellen ~ blogger yang paling ramah dan rajin BW...

5. Nadey ~ kau [adik-adik yang] berjaya menarik perhatian ku!

6. Seri ~ pendukung warisan melayu

6. Ibu Arifa ~ entah... cuma Nury suka dengan ibu Arifa...

7. East Boy ~ pertama kali singgah N baca info pada entri nye... BEST!

9. Krole ~ biar ramai kawan jangan ramai musuh, jangan lupa kite... :)

10. Mommy Pinky ~ The most beautiful mommy blogger!
Baca Selanjutnya "BEST FRIEND AWARD"

Apabila Si Dangkal Membicarakan Islam


[28 Jun 2011]



Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Pada masa kini ramai sekali orang yang menggunakan agama [Islam] dalam ucapan mereka. Tak kira samada mereka ahli politik, penyanyi, pelakon, penulis blog dan ramai lagi yang tak perlu la aku nyatakan di sini. Persoalannya, adakah mereka ini layak membicarakan atau memperkatakan tentang agama Islam yang suci? Sesekali mereka mengucapkan tentang Islam sedangkan pada diri mereka tiada ciri-ciri yang melayakkan mereka membuat pernyataan begitu!

Siapa mereka? Aku berikan beberapa contoh dan kisah. Semoga anda yang membaca dapat melihat dari sudut yang positif. [1] Tentu ramai antara kita yang membaca akhbar Harian Metro kan? Dalam akhbar tersebut ada ruangan Gayah Gebu [kalau tak silap aku] yang sibuk menyumpit ramai artis dan kemudiannya menyebut tentang agama [hukum-hakam] yang kononnya ingin menasihati artis yang disumpitnya supaya sedar kesilapan mereka. Siapa Gayah Gebu tu? Sesuai ke dia memperkatakan soal agama dalam artikelnya?

Pendapat aku : Gambar Gayah Gebu tu walau dalam karikatur tapi ia menunjukkan wanita gemuk dengan baju ketat dan tak menutup aurat [kepala]. Aku setuju kita saudara sesama Islam perlu saling memberi teguran. Tapi betul ke cara Gayah Gebu tu? Macam mana kalau aku kata tak betul? Sebabnya kalau betul niat Gayah Gebu mahu memberikan teguran dan berharap artis yang disumpit itu sedar serta bertaubat mengapa sampai perlu dihebohkan sehingga seluruh masyarakat umum tahu? Bukankah itu mengaibkan dan menjatuhkan maruah artis berkenaan? Adakah Gayah Gebu lakukan itu ikhlas kerana agama atau sekadar mahu popular ataupun mahu dilihat sebagai seorang yang baik serta tahu mengenai agama dengan baik?

Mungkin artis berkenaan telah melakukan sesuatu yang mengaibkan serta menjatuhkan maruah diri. Kita saudara sesama Islam tak perlu la mengaibkan lagi hamba allah tu. Tak tahu ke ALLAH TAK SUKA PADA ORANG YANG MEMBUKA AIB SAUDARANYA [sesama Islam]? Tak tahu ke kalau kita tahu aib orang lain dan kita tutup aib orang itu, Allah akan tutup aib kita dan menghapuskan kesilapan kita? Semua manusia termasuk Gayah Gebu tidak sempurna dan pernah buat silap!




Itu adalah contoh akhbar. Ahli politik pulak lagi dasyat kalau memperkatakan soal agama. Entah memang mereka tahu dan faham apa yang diucapkan atau sekadar menghafal teks ucapan yang telah disediakan. Wallahua’lam.. Kalau artis pulak tak kira la pelakon ke penyanyi ke, khasnya artis wanita, tak padan dengan seksinya tapi bila ada khabar angin/ gosip akan jawap seperti dia memang mengamalkan kehidupan cara Islam dan sentiasa ingat pada Allah?  

Cuba kita bandingkan mereka-mereka di atas tu dengan Dato’ Harun Din ke, Dato’ Masyitah ke, Ustazah Fatimah Az-Zahra ke atau dengan tokoh-tokoh lain yang sewaktu dengan mereka tu, sesuai tak kalau mereka membicarakan tentang agama? Berbeza tak cara mereka menggunakan agama dalam ucapan mereka? Agak-agak kalau mereka berhujah atau beri ceramah kita boleh terima dan percaya ke tak berbanding dengan mereka-mereka yang aku sebutkan awal tadi?

Moral : Bukan tidak boleh membicarakan atau membahaskan soal agama. Sekadar memperkatakan setakat yang kita tahu agar tiada yang salah faham akan agama islam yang suci. Kalau tersilap dalam membicarakan soal agama, sama seperti kita merendahkan diri sendiri dan agama Islam itu sendiri. Sebelum memperkatakan soal agama, tanya pada diri sendiri adakah kita orang yang layak membicarakannya. Dan jangan menilai ilmu agama sesorang itu hanya berdasarkan apa yang kita dengar dan lihat semata kerana apa yang kita lihat itu mungkin satu penipuan dan apa yang kita dengar itu palsu. Jangan terpedaya! Bezakan yang mana ULAMA dan yang mana ULAR DALAM SEMAK.

Baca Selanjutnya "Apabila Si Dangkal Membicarakan Islam"

Restoren Mana Pilihan Kita?



Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia & Yuuuhuuu!

[Tempat makan yang mana jadi pilihan kita?]

Aku percaya pada masa kini lebih ramai yang suka makan diluar berbanding memasak sendiri di rumah terutamanya warga kota. Kenapa? Kesibukan bekerja dan kesuntukan masa serta perbandingan perbelanjaan diantara membeli barangan dapur untuk memasak dengan masakan yang siap dibeli dari kedai menjadi alasan mengapa lebih ramai yang gemar menjamu selera di luar.

Aku bersetuju dengan alasan itu kerana suatu ketika dulu aku juga bekerja lebih 10 jam sehari dan kepenatan bekerja membuatkan aku lebih senang membeli makanan hampir setiap hari kecuali pada hari cuti! Masakan tidak, dari 10am sehingga 10pm aku di tempat kerja, mustahil untuk aku memasak kecuali membeli. Lebih-lebih lagi bila dibandingkan; membeli makanan di kedai lebih jimat daripada memasak yang memerlukan aku membeli bahan-bahan untuk memasak yang bernilai 4-5x ganda harga sebungkus makanan!
   
Disebabkan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, semakin banyak restoren wujud kerana adanya permintaan. Tapi bersih ke kedai/ restoren tempat kita beli makanan tu? Suatu ketika dulu aku tidak berapa mengambil berat akan perkara ni. Cuma satu tempat yang aku akan elak ialah restoren mamak kerana aku beranggapan restoren mamak sememangnya kotor! Dari pengalaman aku sendiri memang ternyata kebanyakan restoren mamak memang tidak menitik beratkan perihal kebersihan.

Aku kongsikan beberapa info & tips untuk ‘menyemak’ samada restoren itu bersih dan mengikut syarat-syarat serta prosedur yang sepatutnya.

1. Pastikan logo HALAL tertera terutamanya restoren yang pengusahanya bukan beragama Islam. Logo halal mestilah yang di IKTIRAF oleh kerajaan Malaysia.


*Contohnya banyak pengusaha restoren bukan Islam yang mempamerkan logo HALAL yang tidak diiktiraf atau seakan-akan mirip logo HALAL asli JAKIM bagi menarik pengunjung Islam walaupun bahan @ sumber makanan mereka tidak halal. Contoh lain; restoren mamak yang mempamerkan perkataan jawi Bismillahirrahmanirrahim bagi membuktikan mereka adalah MUSLIM serta makanan di restoren mereka adalah halal. Pernah terjadi, restoren mamak di mana pekerjanya tidak tahu membaca tulisan jawi Bismillah yang ditampal malah tidak tahu apa lagi membaca surah Al-Fatihah! Berkulit hitam dengan memakai kopiah tidak bermakna mereka Muslim atau berkulit putih serta berjanggut dan memakai kopiah tidak bermakna mereka Mua’laf! Tidakkah kita merasa tertipu dan marah dengan perkara seperti ini?

2. Kalau ada, lihat pada kaunter bayaran restoren samada mempunyai lesen perniagaan dan SIJIL LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN, Kad Kesihatan [thyphod] Pengendali Makanan [serta sijil kebersihan pihak berkuasa tempatan].

[contoh Sijil Pengendali Makanan]

*Ketiga-tiga dokumen ini adalah wajib dipamerkan/ ada di setiap restoren. TETAPI walaupun retsoren itu memiliki/ mempamerkan lesen perniagaan ia tidak semestinya bersih dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan kepada pengusaha dan setiap pengendali makanan! Lesen perniagaan adalah syarat untuk operasi perniagaan sahaja. SIJIL LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN menunjukkan pengusaha serta pengendali di restoren telah menghadiri kursus dan memahami perkara-perkara yang perlu diamalkan atau dielakkan semasa mengendali makanan. Selain itu pengusaha serta pengendali makanan akan dirujuk oleh SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN untuk mendapatkan suntikan thypod. Suntikan thypod adalah wajib kepada pengusaha dan SEMUA PENGENDALI makanan. Setiap pengendali makanan akan diberikan kad kesihatan yang menunjukkan/ membuktikan mereka telah mengambil sutikan thypod dan selamat untuk mengendalikan makanan. Sijil kebersihan pula diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Perbandaran setelah memeriksa dan menilai tahap kebersihan retsoren. TETAPI walaupun restoren mempunyai kesemua dokumen ini, tidak semestinya mereka mengamalkan kebersihan dan mengikut/ mempraktikan/ mengamalkan sepertimana yang dianjurkan oleh pusat latihan.

3. Sebagai pengguna kita sendiri boleh melakukan pemeriksaan ringkas untuk memastikan tahap kebersihan sesuatu restoren samada mereka memiliki perkara-perkara di atas serta mengamalkan sepertimana yang dianjurkan oleh Sekolah Latihan Pengendalian Makanan. Sekiranya semua perkara di atas ada pada restoren, kita boleh pastikan lagi dengan pemeriksaan sendriri melalui cara-cara mudah berikut yang aku sendiri lakukan setiap kali berkunjung ke mana-mana restoren hatta restoren yang ada kelas sekalipun!

i. Duduk seketika di meja makan dan tunggu sehingga pelayan datang.

*Minta bersihkan meja dan lihat kain lap yang digunakan. Kemudian rasa/ sentuh meja dengan tangan. Kalau kain lap kotor/ berbau bermakna tangan pengendali juga penuh dengan BAKTERIA! Sekiranya meja makan masih melekit/ kotor itu tanda kain itu langsung tidak dibersihkan setiap kali kekotoran penuh pada kain tersebut.

*pelayan lelaki/ perempuan datang dengan memakai aksesori [gelang, jam, cincin terutamanya], itu tandanya mereka tidak pernah mendapat latihan pengendalian makanan atau pernah mendapat latihan tetapi tidak amalkan. [Bayangkan seorang pembuat air atau penebar roti canai yang memakai cincin/ akseori pergi ke tandas untuk ‘melabur’ kemudian kembali menyediakan makanan atau minuman kepada pelanggan! Walau dicuci, BAKTERIA masih melekat pada celah-celah aksesori]

*Tengok kuku pelayan yang datang mengambil pesanan. Kalau kuku panjang dan terdapat kekotoran, tandanya dia tidak pernah mendapat latihan atau pernah tetapi tidak amalkan atau pun tidak peduli dengan semua itu kerana keinginannya untuk kelihatan cantik dengan kuku yang panjang! [Peduli apa dengan pelanggan. Bukan aku yang makan, janji aku cantik. Sukati aku la kalau nak bela kuku panjang pun]. Restoren mamak memang confirm ada macam ni. Yang bukan mamak pun tak kurang juga ramainya!

*Pelayan memakai selipar/ sandal dan rambut mengerbang/ pakaian tidak terurus. Kaki manusia terdapat banyak BAKTERIA dan ia boleh ‘melayang’ ke dalam makanan! Adalah wajib setiap pengendali makanan memakai kasut penuh yang menutup keseluruhan kaki atas sebab KEBERSIHAN & KESELAMATAN.

*Pelayan/ pengendali makanan dan minuman menghisap rokok! Perhatikan, kebanyakan pelayan yang menghisap rokok tidak membasuh tangan sebelum mengambil pesanan atau mengendali makanan yang dipesan. [Yang ini memang confirm pengotor dan tak kisah langsung bersih untuk pelanggan atau diri dia sendiri]

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Semua perkara di atas adalah mengenai hygiene

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

*Atau; sebelum duduk, masuk ke dalam restoren dan tawaf di sekitar tempat memasak/ dapur/ bain marie/ tandas. Biasanya aku tengok dapur dulu. Kalau atas dapur penuh dengan sisa makanan berkerak, lantai becak dan penuh dengan sisa makanan, tukang masak tak se’hensem’ pelayan di depan memang confirm tak bersih! Kalau tak puas hati, cek tandas pula [konon-konon nak ke tandas buang air]. Kalau tak puas hati jugak lagi tengok lantai depan sama kotor macam lantai dapur atau tak. Kalau kat depan pun kotor jugak memang sahih tak bersih. Lagi-lagi kalau ada tikus atau lipas merayap. ELAKKAN.

*Biasanya menu makanan tengahari ialah nasi campur. Pastikan makanan tersebut [lauk pauk] berada dalam bekas/ peralatan khas [bain marie] dan sentiasa dalam keadaan panas serta tertutup. Makanan yang sejuk dan terdedah kepada udara amat mudah dihinggap BAKTERIA. Apa jua makanan yang telah masak kemudian menjadi sejuk akan membiakkan BAKTERIA dalam tempoh 4 jam. Selepas tempoh itu jumlah BAKTERIA akan membiak menjadi juta malah trillion dalam makan itu!

p/s : Pilihlah makanan yang HALAL dan BERSIH kerana ia akan menjadi sebahagian dari diri kita serta darah daging kita. Elakkan berkunjung ke restoren yang tidak bersih walaupun makanan mereka sedap dan murah.  Mungkin berbaloi untuk nilai yang dibayar, hhmmm BERBALOI DEK ZAT TAMBAHAN YANG MENYEDAPKAN MAKANAN LAGI MURAH!

Baca Selanjutnya "Restoren Mana Pilihan Kita?"

Alasan 4 Golongan



Al-Faqih Abu Laits berkata;


“Kelak pada hari kiamat ada 4 manusia yang datang. Lalu masing-masing memberikan alasan mengapa tidak beribadat kepada Allah tetapi alasan mereka itu tidak diterima”



Golongan pertama - orang kaya dengan alasannya;


“Sesungguhnya aku adalah orang kaya. Aku sibuk menguruskan hak-hak dan hartaku sehinggakan aku tidak sempat mengabdikan diri kepada-Mu” Allah s.w.t pun berfirman; “Kamu tidak sekaya Sulaiman. Sesungguhnya Sulaiman adalah raja di seluruh Timur dan Barat, tetapi kekayaannya tidak menghalang Sulaiman mengabdikan diri padaku dan dia tidak derhaka kepada-Ku. Jadi alasanmu tidak dapat diterima” maka Allah s.w.t mencampakkan mereka ke dalam neraka.


Golongan ke dua - orang melarat.


Mereka beralasan dengan kemiskinannya “Tuhanku, sesungguhnya keadaanku menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada-Mu” tetapi Allah s.w.t berfirman kepada mereka dengan bandingkan mereka dengan Nabi Isa a.s “Benarkah kamu lebih melarat daripada Isa? Kemelaratan Isa tidak menghalang dia mengabdikan dirinya kepada-Ku”. Alasan mereka tidak diterima dan mereka dicampakkan ke dalam neraka.


Golongan ke tiga – Hamba sahaya.


Mereka beralasan untuk melayan tuannya sehingga tidak sempat mengabdikan diri kepada Allah. “Tuhanku, aku dulunya adalah seorang hamba dan diperbudakkan sehingga menghalangiku daripada mengabdikan diri kepada-Mu” Tetapi Allah s.w.t bandingkan mereka dengan Nabi Yusuf a.s. Alasan mereka juga tidak diterima dan mereka dicampakkan ke dalam neraka.


Golongan ke empat – Orang sakit.


Mereka beralasan dengan penyakitnya tetapi Allah s.w.t bandingkan mereka dengan Nabi Ayub a.s pula. Alasan mereka tidak diterima lalu mereka dicampak ke dalam neraka.

*JADI DI HARI KIAMAT KELAK TIADA SEORANG PUN YANG ADA ALASAN DI SISI ALLAH S.W.T MENGAPA MEREKA TIDAK DAPAT MENGABDIKAN DIRI KEPADANYA


Baca Selanjutnya "Alasan 4 Golongan"

Jangan 'Curang' Dalam Aktiviti Niaga




Pada bulan Ramdhan ni banyak gerai/ bazar Ramadhan didirikan. Inilah peluang kepada umat Islam khususnya untuk mencari pendapatan sampingan sepanjang bulan Ramadhan YANG MULIA dengan berniaga tidak kira juadah berbuka puasa, barangan keperluan sempena sambutan hari raya dan sebagainya. Bulan Ramadhan ialah BULAN MULIA yang penuh dengan keberkatan. Oleh itu sebaiknya semua umat Islam gunakanlah bulan YANG MULIA ini untuk mendapatkan ganjaran dari Allah dengan IBADAH dalam apa jua cara sekalipun.

Aku menulis artikel ini kerana rasa kecewa dan tertipu dengan sikap peniaga bazar Ramadhan yang aku kunjungi. Aku kongsikan kisah tersebut disini dengan kalian. Ramadhan pertama, aku ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari pertama, aku tawaf bazar tersebut untuk melihat apa yang ada dijual dan kemudian terus menuju gerai pilihan. Aku beli kuih Seri Kaya, Tepung Pelita dan Popia Goreng. Tiba waktu berbuka, setiap kuih tersebut aku jamah dan rasanya ternyata mengecewakan. Dalam hati berkata “tak mengapalah.. Ini bulan puasa.. Mungkin peniaga tak dapat merasa makanan tersebut sewaktu memasaknya..” 

Secara logiknya, aku percaya kebanyakan peniaga yang menjual juadah tersebut semuanya menjual kepakaran masing-masing. Maksudnya makanan yang mereka jual sudah semestinya mengikut kemahiran dan kepakaran jenis masakan masing-masing. Kalau betul begitu tentu kualiti dan hasilannya tidak sepatutnya mengecewakan bukan? Dari pihak pengguna/ pembeli, apabila rasa makanan out, tentu mereka tidak akan membeli lagi di gerai tersebut.

Hari ke-2 Ramadhan, kebetulan ada pasar malam. Jadi pada hari itu lebih banyak pilihan juadah untuk berbuka puasa. Tapi aku cuma membeli 2 jenis kuih = Kuih Badak Berendam, Kuih Koci dan Dadih. Alhamdulillah semua makan yang dibeli pada hari itu semuanya sedap dan berbaloi dengan setiap nilai yang dibayar. Ramadhan yang ke-3, aku ulangi membeli Kuih Badak Berendam dan Kuih Koci lagi. Hanya itu saja yang aku beli. Aku cuma beli kuih saja kerana makanan/ hidangan utama yang di MASAK sendiri lebih puas dan berbaloi.


Ramadhan ke-4, hujan turun dengan lebat. Apabila hujan renyai-renyai aku ke bazar. Tak ada kuih lain dalam kepala aku selain dari Kuih Koci dan Kuih Badak Berendam. Dari awal sampai hujung berjalan tapi aku tak jumpa gerai yang biasa aku beli kuih-kuih tu. Sewaktu meninjau tiba-tiba seorang makcik menegur aku. Aku memang kenal dengan makcik tu sebab selalu beli kuih dengannya. Dari hari pertama Ramadhan aku memang perasan makcik tu turut meriahkan bazar Ramadhan tu tapi aku tak pernah singgah gerainya. Bukan sombong, tapi kerana aku dah selalu beli dengan makcik tu dan tahu dia jual kuih apa, sebab tu aku tak singgah. Kalau boleh dalam bulan Ramdhan ni, aku nak la makan kuih-kuih lain pulak. Bulan Ramadhan ni la bermacam-macam jenis kuih dijual sampai tak tahu nak pilih yang mana satu kan?

Disebabkan makcik tu memanggil, terpaksa la aku singgah. “Beli kuih dik?..” tanya makcik tu. “ha ah.. saya cari Kuih Koci dengan Badak Berendam.. Tapi tak jumpa pulak gerai tempat saya selalu beli tu.. Tak meniaga agaknya orang tu hari ni..” aku membalas. “Eh! Ni makcik ada jual ni.. Berapa ringgit nak?..” terjah makcik tu. Aku diam sambil pandang Kuih Koci makcik tu kemudian bertanya “Kuih Koci ni ada sos santan tak dalamnya?..” Aku pandang muka makcik tu. “Ada..” jawab makcik tu acuh tak acuh. Aku belek Kuih Koci tu dengan penyepit tapi tak nampak sos santan melimpah, lalu aku bertanya sekali lagi “ Betul ke ada sos?.. saya tak nampak pun..” “Adaaa.. memang la tak nampak sebab kena balut! Nak beli ke tak?..” Sikit pun makcik tu tak pandang muka aku. “KALAU BETUL ADA, OKEY LA, SAYA BELI DUA RINGGIT..” Selesai. Jadi la walau satu jenis kuih.

Dalam perjalanan balik ada lagi orang tegur aku “Kak, nak kuih Badak Berendam tak?.. Saya baru sampai ni, tadi hujan la kak..” sapa peniaga tu sambil tolak troli barangan jualannya. “Laa.. Saya ingat kau tak meniaga hari ni. Sampai hujung saya jalan mencari tadi.. Rupanya baru sampai..” aku balas sambil tersenyum. Kesian tengok. Sambil tangan sebelah tolak troli dibantu anak yang masih kecil, tangan satu lagi dukung bayi. “Saya ingat kau tak meniaga hari ni.. Ni dah beli dah kuih.. Esok aja la ye..” Aku tengok mukanya sedikit kecewa dengan jawapan aku. “Tak apa la kalau macam tu kak..” Kami sama-sama berlalu. Tapi kemudian aku patah balik sebab perasaan simpati yang menebal dalam hati!

Dari jauh aku nampak dia terkedek-kedek menyiapkan gerainya sambil dibantu anak kecil. Rupa-rupanya gerai adik tu bersebelahan dengan gerai makcik yang aku beli Kuih Koci tadi. “Dik, saya nak beli la Koci dengan Badak Berendam.. Tak nak nanti dah sampai rumah rasa menyesal pulak tak beli lepas tu terbayang-bayang!” Spontan kami sama-sama tergelak. Sambil tu aku tolong dia menyusun bekas-bekas kuihnya atas gerai. Makcik gerai sebelah hanya memerhatikan. Siap bungkus kuih yang aku nak dan bayar, aku terus balik.

Sampai waktu berbuka – aku buka balutan daun pisang Kuih Koci yang dibeli dari makcik tu dulu. Air mata aku menitis. Sedih. Makcik tu tipu aku. Tak ada sos seperti mana yang aku tanya dan diiakannya. Aku sedih bukan kerana Kuih Koci tu tak sos santan tapi kerana pada hari tu duit aku cuma ada 4 ringgit saja. Wallet aku tertinggal dalam beg suami yang pergi out station. Nak cucuk duit kat ATM pun tak boleh! Berjujuran air mata aku buka puasa sendiri hari tu. Terus aku ketepikan Kuih Koci tu dan buka plastik kuih yang dibeli dari si ‘adik’. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Rupa-rupanya adik tu berikan aku ekstra Kuih Koci dan Kuih Badak Berendam! Biasanya RM2 dapat 5 ketul tapi pada hari tu aku dapat ekstra 2 ketul.



Ramadhan ke-5 – disebabkan semalam aku dapat ekstra kuih dari adik tu, aku rasa segan pulak nak beli lagi hari ni. Aku tukar menu kepada Laksam. Alhamdulillah, Laksam yang dibeli memang sedap! Apa pun, dalam membeli juadah terutama untuk hidangan sekeluarga, pilihlah GERAI & PENIAGA YANG BERSIH selain dari menitik beratkan KUALITI MAKANAN yang dibeli. Aku ada tulis artikel tentang pengusaha makanan & restoren sebelum ni. Kalian boleh rujuk RESTOREN MANA PILIHAN KITA? untuk dapatkan tips. 

Kepada rakan-rakan yang berniaga dan peniaga, jangan sekali-kali menipu pelanggan dalam apa jua cara demi untuk menghabiskan jualan dan membuat keuntungan dengan cara begitu. Hasilnya adalah HARAM dan DOSA. Bukan aku kata tapi ada firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW mengenai perkara ini. Kalau nak lebih details boleh rujuk pada perkara NO. 3 pada link www.islam.gov.my ni.

Baca Selanjutnya "Jangan 'Curang' Dalam Aktiviti Niaga"

Lelaki Yang Faham Bahasa Binatang



Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan. Dia telah mendengar ada seorang lelaki bernama Musa yang faham bahasa binatang. Lalu lelaki itu telah mencari dan merayu kepada Musa supaya mengajarnya bahasa binatang. Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.

Suatu hari, lelaki itu mendengar ayam jantan berkata kepada kuda yang kuda akan mati tidak lama lagi. Setelah mendengar kata-kata ayam itu, dengan segera lelaki itu menjual kudanya bagi mengelakkan kerugian. Beberapa ketika kemudian, lelaki itu terdengar lagi ayam jantan berkata kepada anjing yang keldai pula akan mati. Sekali lagi lelaki itu dengan tergesa-gesa menjual keldainya untuk mengelak kerugian. Selepas dua peristiwa itu, lelaki itu sekali lagi mendengar ayam jantan berkata kepada binatang-binatang ternakan lain yang hamba lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya untuk mengelak kerugian.

Lelaki itu sangat gembira dengan tindakannya menjual ternakan serta hambanya. Dia gembira kerana dengan menggunakan nilai ilmu yang ada padanya dia dapat mengelakkan kerugian serta untuk membantu menguruskan kehidupan sehariannya. Tetapi pada suatu hari, lelaki itu terdengar ayam jantan berkata kepada anjing yang dia pula akan mati. Dalam ketakutan lelaki itu pergi berjumpa dengan Musa yang dulu telah mengajarnya bahasa binatang. Lelaki itu menceritakan kepada Musa apa yang telah diberitahu oleh ayam jantan kepada anjing dan meminta nasihat Musa. Lalu Musa menjawab “SEKARANG KAMU BOLEHLAH MENJUAL DIRI KAMU PULA!”

Moral : Kebolehan memahami bahasa orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar iaitu DIRI KITA SENDIRI. 

Baca Selanjutnya "Lelaki Yang Faham Bahasa Binatang"